Sunday, July 12, 2009

Warung Kita...The final Episod

salam..

akhirnya tanggal 10hb July 2009 berlabuh ler sudah episod ke 24 warung kita..berakhirnya satu pengembaraan yang menemukan manusia kepada manusia yang lain..nilai insani setiap insan di muka bumi tercinta ini bersatu di paparan warung kita..aku merasa bersyukur kerna terpilih menjadi host program yang julung kali adanya di Astro Prima..

banyak kenangan yang terpalit di legasi warung kita..kebanyakan kenangan nya 'kenyang' dan 'penuh'...dalam jelajahan ini aku berpeluang bertemu dan bersua dengan manusia jiwa kental yang tidak pernah tunduk dengan desakan ekonomi..ada yang jatuh..bangun dan jatuh kembali namun mereka ini tidak pernah merasa kecewa..mereka terus dengan acuan niaga mereka malahan ada yang telah berniaga lebih dari 20 tahun dan hanya menjual karipap berinti kan kentang...bayangkan!!..

sepanjang pengambaran ada juga yang berjiwa kecut..tidak mahu publisiti percuma..tidak mahu dikenali 'konon'..dan ada juga yang memberikan alasan yang tidak logik langsung sebagai seorang Islam...kononnya kalau kedai@warunh mereka dipaparkan di TV nanti ada yang irihati dan akan 'menderem'@jampi mereka...maka persetujuan yang asal tidak dapat diteruskan...terpaksa lah pihak produksi mencari warung yang lain...

ada juga peniaga yang tidak mahu diketahui kejayaan warungnya..dengan hasil lumayan setiap malam...katanya hasil yang dikaut hanya untuk nya dan keluarganya jadi tak perlu diwar warkan kepada umum takut 'lembaga hasil' mencarinya selepas itu...ahaks..ini macam punya orang pun ada ka...??..bak kata jaga singh dalam seniman bujang lapuk...

apapun aku merasa bangga kerna dengan adanya program sebegini maka peniaga-peniaga yang berkelas sederhana dan juga pembeli-pembeli dari semua kepentingan dapat menjamu selera di warung yang rasanya berstatus 5 bintang...

insyaallah kalau ada rezki pasti ada musim ke 2...

terima kasih kepada penonton Warung Kita...

Wednesday, July 08, 2009

Penglipur Lara....program baru di Astro..

salam...

aku sekrang tengah sibuk shooting untuk program baru astro yang berjudul Penglipur Lara..boleh dikatakan program ini nanti boleh dijadikan 'refferences' pada insan-insan yang meminati seni budaya bangsa sendiri..

mana taknya aku juga berpeluang untuk mempelajari dan mengetahui tentang seni persembahan yang mungkin tidak sepopular seni budaya yang lain..ada juga seni yang hampir pupus disebabkan tiada bantuan daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mempromosikan seni itu..

jikey,Awang Batil,Boria,Opera Cina,Wayang sri Asun dan banyak lagi yang mungkin kita pernah melihat dan mengetahuinya...namun mungkin generasi IT sekarang ada yang tidak mengetahui tentang budaya ini..tentang pantang larangnya,adab,cerita,watak,sejarah seni budaya bangsa ini..

aku merasa bertuah kerana di beri tanggungjawab untuk menjadi host program ini...dapat juga ler aku mengenali seni budaya bangsa aku sendiri..

apapun saksikan nanti program Penglipur Lara di Astro..
ada juga klip2 yang sempat aku rakamkan sendiri...cari sahaja di YouTube penglipur lara

sampai bertemu di tinta yang lain...

Sunday, June 28, 2009

ku impikan bintang...versi Azrul raja lawak

video

show untuk Perbadanan Putrajaya...

Tribute to Michael Jackson..

aku mula mengenali Michael Jackson (MJ) ketika aku sekolah rendah..sekitar 80'an..masa itu aku amt meminati lagu Ben..lagu mengenai persahabatan antara manusia dan tikus..filem nya juga bagus..tambahan dengan suara budak MJ yang manja..aku bertambah teruja bila buat pertama kalinya dapat menyaksikan video klip lagu Thriller,Beat it,Smooth Criminal dan banyak lagi..hingga kan ada lagu-lagu tersebut di sadurkan menjadi kelakar..

masa zaman lagu Thriller itu sedang dasyat..aku begitu teringin untuk mendapat kan satu jaket MJ yang penuh dengan zip..magis nya jaket tersebut boleh menjadi seperti singlet bila dibuka satu persatu zip nya..kemudiannya bila dah pandai tahu apa itu tarian aku dan kawan2 ku cuba untuk meniru tariannya..semestinya Moon walk..ahaks..

MJ sememang satu fenomena..aku merasa kaget bila sedang mencoretkan kisah ini..dia seorang manusia yang sungguh istimewa...susah nak mencari penggantinya...hinggakan pada satu masa di seluruh dunia diadakan pertandingan tarian meniru MJ...banyak kenangan dan 'journey' bersamanya..

apa perasan Pat Ibrahim & Riot 'kool' dengan berita ini..kerna mereka adalah 'kembar' MJ di Malaysia...

to MJ's you'll always in my soul...may god bless u...


Friday, May 29, 2009

INI RASA AKU PADA SATU MASA!!

sial!!.. pada rasa yang ada dalam diriku.. membuatkan aku sperti mahu menjerit pada semua!!.. namun mana suara hati aku..bersembunyi mungkin takut pada keadaan.. hanya dapat bersuara pada mata..yang melihat dan merasai peritnya.. satu persatu helaian rindu aku kutip.. semuanya seperti berkecai luluh melayang-layang.. mata aku dapat melihat helai demi helai rindu itu.. di tiup angin kenangan dan pengalaman.. dibawa ke deru yang jauh ditinggal.. mana pegangan kasihmu... tatkala jiwa bergoncang utuh.. seperti tiada iman dan tuhan.. meracau mencari sisa kebenaran.. konon nya kebenaran..namun itu hanya siulan syaitan yang berbisik!!.. kalau tidak kuat iman dan roh aku..mungkin kau tlah menjadi orang yang asing.. dalam hidup aku dalam jiwa aku.. namun aku masih punya TUHAN..yang sentiasa ada mata melihat dan mendorong ku.. untuk tidak terpesong dengan bisikan AYI..!! haluan hiduo kini terasing..mata aku masih mampu melihat dengan nada yang berbeza bagai..dengan nada yang berbeza cinta..

Monday, May 25, 2009

P.Ramlee dalam kenangan

29hb Mei nanti genap 36 tahun Allahyarham Tan Sri Dr P.Ramlee meninggalkan kita..tinggalkan segala impiannya..tinggalkan segala sukanya,deritanya,rohnya dan rasanya..apa yang ada hari ini adalah satu momento yang berharga dari beliau...

secara peribadi semua rakyat Malaysia mengenali dan meminati beliau..sampaikan ada yang berangan mahu menjadi seperti beliau...aku juga punya pengalaman yang tersendiri..apabila dapat 'berlakon' bersama dengan P.Ramlee itu sendiri...walaupun hanya di atas pentas PRamlee the musical namun semangat roh,cerita,gambaran,jiwa nya dapat dirasai..

amat mustahil kalau ada yang tidak mengenali beliau..apa saja pegangan jiwa mereka dari punkster ke hip hoppers..dari blues ke jazz..dari bodoh ke pandai..dari kaya ke miskin dari muda ke tua semuanya mengenali beliau kalau tak banyak pun paling sedikit mesti tahu tentang beliau...

aku sempat menjejakkan kaki aku ke gedung ilmu dan keringat beliau...iaitu Studio Jalan Ampas Singapore...rasa yang pertama menyelinap masuk ke dalam roh aku ialah..sebak..rasa seterusnya ialah bangga dan rasa yang seterusnya ialah hampa...kenapa aku merasa begitu??..

aku merasa sebak kerna terbayangkan hasil kerja beliau bersama rakan-rakan nya di studio itu..tak dapat aku bayangkan dalam hati ku kerna selama ini hanya dapat melihat studio ini dalam TV sahaja..bayangkan aku dapat duduk di tempat Arwah melepak bersama rakan yang lain sambil menghisap 'lucky strike' nya di bawah rumpun pokok di tepi studio 1..bayangkan aku dapat merasai melalui pintu pagar yang pertama Arwah lalui dulu..bayangkan aku dapat memegang tombol pintu ofis Arwah..

aku merasa bangga kerna inilah satu-satu nya anak melayu yang berjaya dengan hasil keringat dan idea nya..manusia yang tak pernah kenal erti puas..manusia yang kelana nya berhasil..insan yang warga negerinya sama dengan aku..manusia yang masterpiece nya masih lagi berlegar di tv sampai ke hari ini...

dan aku merasa hampa kerna studio agung ini dibiarkan begitu sahaja..tak tahu sebab apa..mungkin kalau studio ini ada di Malaysia pasti studio ini akan menjadi gah dan terkenal seperti muzium negara..kerna rakyat dan pemimpin malaysia amat2 prihatin..namun studio itu berada di salah tempat..cuma yang boleh dibangga hanya pada nama nya..yang masih terpahat di bahu jalan itu..JALAN AMPAS..

kalau nak bercerita pasal Arwah memang banyak...

hanya AL FATIHAH untuk rohnya...

aminn..

p/s: adakah perjalanan seni ku seperti PRAMLEE...??

Friday, May 22, 2009

cerita satu pagi..

seperti biasa kalau aku ada masa aku akan bersarapan ataupun minum2 di kedai mamak dekat umah aku..namun hari itu tidak seperti hari biasa kerana aku terpaksa berfikir sejenak dengan sapaan seseorang..

sedang aku minum sambil membaca paper aku disapa lembut oleh seorang pakcik bersama keluarganya..katanya dia suka menonton program-program yang aku handle..katanya aku seorang yang natural bila bercakap depan kamera..katanya bukan dia seorang saja yang suka bahkan seluruh keluarganya meminati aku..selepas itu dia meminta izin untuk bergambar..kerna katanya bukan senang nak terserempak dengan aku selalu..

namun ada satu soalan yang membuat kan aku terfikir dan terus berfikir...katanya..kenapa aku jarang mendapat publisiti di paper,majalah..walhal partner aku ada jugak keluar sekali sekala..nak sedapkan hati dia aku cakap aku agak kurang sikit untuk ditemubual kalau tak der perkembangan tentang diri aku..dia mengangguk tanda setuju..

memang benar artis perlukan publisiti..pendedahan dan cerita..agar orang semua tahu yang artis itu masih wujud dan masih mencari peluang untuk dirinya..memang betul kata pakcik itu..aku jarang sekali ada ruang didada akhbar mahupun majalah...tapi aku tak pernah kisah dengan publisiti sebegitu..kerna bagi aku publisiti melalui televisyen lebih efisyen..lebih 'terasa'..lebih dekat dan lebih mesra..ada juga majalah/akhbar yang hendak interview aku.namun aku akan bertanya terlebih dahulu..nak interview pasal kerjaya ok ajer..kalu pasal peribadi tak payah!!..

betul atau tidak itulah prinsip aku..buat apa kita riuh rendah sedangkan hasilnya kurang...baik kita dalam senyap meraih riuh rendah itu namun ada hasilnya...

terima kasih pada pakcik itu..walaupun dia nampak seperti tidak peduli akan dunia hiburan namun dia amat prihatin tentang dunia kemanusian...

Saturday, May 02, 2009

tatkala rakyat bersuara..

salam...

aku memang dah lama tidak bersama kelompok penyair,pencerita,penglipur dan seni sayembara...aku rasa saat itu perlu untuk aku 'menyucikan' minda aku dari cerita negatif suratkhabar 'lama'...aku perlu neutral kan kembali landas minda aku untuk terus berkarya..

lantas apabila aku sedang menilik blog tukartiub aku terpandang satu iklan yang mengatakan ada satu amanat penting yang akan di sampaikan oleh tokoh sasterawan negara Pak Samad..aku teruja kerna aku amat menyanjungi beliau..apatah lagi selepas beliau bersungguh-sungguh berjuang untuk memertabatkan ketuanan bahasa melayu di tanahair sendiri..

berlangsung di AIC..(kelab Anwar Ibrahim) di Petaling Jaya aku cuba mencari tempat itu..jumpa lokasinya dan terus masuk ke sana..

gelap tempatnya namun terang hati dan perasaan orang yang ada di gelanggang pentas 152 malam itu...

aku jadi lebih teruja bila bertemu kembali dengan rakan lama yang gagah berjuang demi prinsip..cikgu fendi,seorang pengiat teater,cikgu teknikal dan bapa kepada 2 cahayamata yang comel..aku jadi lebih 'masuk' dengan pentas 152 ini..

malam itu Pak Samad menyampaikan amanatnya..tentang perjuang beliau bersama-sama dengan rakan-rakan nya semasa era ASAS50..aku jadi sedih dan terharu dengan pakcik yang berusia 77 tahun ini..terus cekal dan terus kuat mengharungi gelombang 'komunis' baru..

malam itu pak samad ada nukilan baru...baca dan hayati...